Monday, January 14, 2008

KuLiaH MiNGGu 3 EniEy...em, ilmu baru:)

Assalamualaikum wbkth..
tanggal 08/01/08 adalah hari pertama eniey bersama kawan-kawan dalam kelas PJFD 5101-Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. em..bunyi subjek pun dah mencabar dan menarik. tepat jam 9.00 pagi, kami berkenalan dengan subjek ini.. selain pn. Saedah, kami dibantu oleh dua tenaga pengajar yang baik dan ceria, Cik Chin dan Cik Ummi, kami diberi penerangan tentang proforma subjek.

Selepas belajar memasukkan rekod dan membuat blog sendiri pada minggu kedua iaitu minggu lepas, hari ni pagi-pagi lagi eniey dan kawan-kawan bergerak ke makmal masing-masing dengan penuh bersemangat dan ceria untuk memulai blogspot kami. macam2 kami belajar hari ini antaranya ialah mengenai teknologi dalam kehidupan kini, terutamanya dalam bidang pendidikan.

em, memang kita ni makin canggih..makin membangun maju
tahu x? teknologi banyak membantu kehidupan kita.. daripada penerangan dan perbincangan di kelas...teknologi didefinisikan dalam lima maksud tertentu iaitu :

teknologi sebagai :-

  1. Satu peralatan, objek atau bahan (contohnya, memalui teknologi menjadi bahan bagi kita dan pelajar untuk membantu atau pun menambahbaik pengajaran dan pembelajaran)
  2. Satu medan penyalur ilmu pengetahuan (iaitu teknologi menyumbangkan banak ilmu dengan mudah dan cerpat)
  3. Termasuk juga suatu aktiviti ( iaitu apa sahaja yang manusia lakukan termasuk rutin hidup, kemahiran dan sebagainya yang diperolehi oleh manusia)
  4. Suatu proses dalam mendapatkan keputusan atau penyelesaian bagi masalah harian seperti kaedah-kaedah pengajaran terutemanya dalam bidang pendidikan
  5. Pengunaan objek-objek yang melibatkan perhubungan antara manusia dan objek-objek sekeliling

Di samping pengenalan tentang teknologi..Cik Ummi juga sempat menerangkan kebaikan dan kepentingan pengetahuan dan pengaplikasian teknologi dalam bidang pekerjaan. alhamdulillah, eniey dah makin faham. rupanya penting sangat kita tahu tentang teknologi ni...kalau x, kita ketinggalan....em, malu dan susah la...

ok..that's all:) jom kita sama2 lumba blajar ICT tau!