Saturday, February 9, 2008

PPSMI...apa tu? eTeMS ke...

salam sahabat-sahabat...
sepantas masa berlalu secepat hari berganti, eh rupanya kita dah masuk minggu ke 5 dalam kelas teknologi dan inovasi. kesibukan diri pada dunia kemajuan sekarang kadang-kadang melekakan kita dari melihat sesuatu perancangan dengan lebih teliti dan bermanfaat.


sebagai contohnya, kita jarang meneliti setakatmana arus pendidikan kita sekarang. kalau ada pun, tentunya bagi contoh-contoh ibu bapa yang mempunyai anak di alam persekolahan atau di peringkat menara gadaing. itu pun kalau mereka"alert"... bukan apa, pentingnya bagi kita walaupun sudah tamat belajar secara formal,ilmu itu tetap perlu ditimba berterusan supaya kita tidak ketinggalan zaman dan mundur berbanding generasi kini.


jika dulu, kita dibesarkan dengan mainan-mainan, lahir je mengadap dunia dan masyarakat, kalau maju pun hanya setakat mengadap televisyen. tetapi, generasi kini lahir pun dah pandai mengadap komputer, main mainan yang canggih-canggih. lihatlah betapa cepatnya arus pemodenan kita bergerak. kalau itu pun kita tidak pandang atau fikir remeh dengan ilmu, tidak mustahil ilmu kita pun boleh dikalahkan oleh budak-budak. renung-renungkanlah...


sesuai dengan tujuan pembelajaran kita, dalam kesempatan kali ini saya ingin membawa anda semua melihat, merenung dan mengkaji salah satu perubahan ilmiah dalam bidang pendidikan kita hari ini. PPSMI.... tahukah saudara-saudari apa itu PPSMI??? em, saya yakin dan percaya bukan semua yang tahu dan faham apa itu PPSMI.. baiklah, biar saya terangkan daripada apa yang saya pelajari dari kelas teknologi dan inovasi saya minggu ini.


sebenarnya PPSMI ini adalah satu rancangan kerajaan yang dirangka dan telah pun dilaksanakan di sekolah-sekolah sejak tahun 2003 dengan kaedah baru pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa inggeris di dalam subjek sains dan matematik.bermatlamat bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PPSMI dan secara khusus prestasi murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik menjelang PMR tahun 2005, pihak kerajaan juga telah mengatur program dan pelan strategi peningkatan keberkesanan PPSMI dan profesionalisme bagi guru-guru matapelajaran tersebut.


adapun begitu, perubahan kaedah baru ini juga turut ada pro dan kontranya. ada setengah pihak yang menerimanya dengan terbuka dan ada juga yang melihat perubahan ini sebagai satu yang drastik, sangat kompleks dan amat sukar. bagi pendapat saya, perubahan ini adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang positif dan amat baik untuk dipraktikkan dalam kehidupan kini.


apa yang menjadi punca masalah ketidakpersetujuan ini saya rasa ialah mungkin kerana terdapat juga masyarakat kita yang kurang endah dengan pembudayaan ilmu dalam kehidupan dan keluarga, menyebabkan rutin menuntut ilmu itu dianggap sebagai satu paksaan, bukan kerelaan atau minat. ditambah pula dengan bahasa yang akan digunakan bukanlah bahasa melayu, membuatkan jiwa anak-anak dan sesetengah ibu bapa ini memberontak dan mengatakan bahawa ia AMAT SUSAH!!!

sepatutnya, sebagai orang yang semakin melangkah ke hadapan, istilah payah atau tidak boleh perlu kita fikir kembali. adakah ia sesuai digunakan dalam bidang menuntut ilmu. biasanya orang yang ingin berjaya dan maju kurang menggunakan istilah susah, payah atau ringkasnya tidak beralasan dalam menuntut ilmu. tanpa susah perit menuntut ilmu, tiadalah indahnya ilmu itu dan biasanya ia kurang terkesan.
berbalik kembali kepada PPSMI atau juga di panggil dengan nama eTeMS, ia merupakan satu metod baru dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi guru dan pelajar. sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan modal insan yang berkualiti dalam masyarakat. ini kerana, selain dapat belajar meaplikasikan bahasa inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran, mereka juga mampu belajar untuk menguasai bahasa ini.


Untuk menjadi negara perindustrian bergantung besar kepada bidang sains dan teknologi. Kejayaan dalam menyediakan pendidikan sains dan matematik pada peringkat awal akan menjaminkan sebuah masyarakat berpengetahuan yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan di mana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaannya telah dimulakan pada tahun 2003 untuk Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam.

Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 adalah tepat pada waktunya. Langkah ini akan membolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang sains dan matematik di samping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber termasuk penggunaan alat bantu mengajar ICT yang membantu menjadikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik lebih menarik dan berkesan.


Pelaksanaan PPSMI sebagaiamana berikut:
1.Penyebaran MaklumatMaklumat mengenai pelaksanaan disebar luas melalui Program Road-Show kepada:

-Pengetua / Guru Besar
-Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
-Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
-Ibu bapa dan juga Masyarakat Umum
2. Kesediaan Guru ( Semua guru yang mengajar Sains dan Matematik telah menjalani latihan dalam tiga peringkat ) iaitu:
-Kursus orientasi kurikulum sains dan matematik bagi sekolah rendah dan menengah
-Latihan profisiensi bahasa Inggeris melalui Kursus 2 days on-site dan 5 days Full immersion.
-Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD.
Seramai 27, 543 guru telah menerima latihan dan ini termasuk 2,585 dari sekolah jenis kebangsaan Cina dan 927 dari sekolah jenis kebangsaan Tamil.

3. Pihak Sekolah :-

-Set generator akan dibekalkan kepada sekolah yang tidak ada bekalan elektrik.
-Peruntukan 'one-off' sebanyak RM 5,000 - RM15,000.00 diberikan kepada sekolah untuk membeli peralatan tambahan.
-Semua sekolah yang dilengkapkan dengan projector LCD, skrin, speaker dan subwoofer, notebook dan troli.

4. Dari sudut Bahan Sokongan :-
-Teaching courseware dalam bahasa Inggeris.
-Skrip pengajaran dalam bahasa Inggeris.
-Pakej buku teks tambahan yang mengandungi buku teks jilid 1 dan 2, buku aktiviti murid, buku panduan guru, CD-Rom guru dan murid

antaralain strategi dan kaedah yang dirancang untuk meningkatkan kualiti PSSMI iaitu :-
  • Menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeri
  • Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris guru
  • Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid
  • Mewujudkan suasana yang menggalakkan kelicinan PPSMI
  • Peningkatan kefahaman konten sains dan matematik dalam kalangan murid
tambahan pula, seperti yang kita maklumi bahawa peningkatan penguasaan bahasa inggeris dalam era globalisasi kini amatlah penting dan semakin dipandang tinggi sebagai satu ciri orang yang berkualiti. bahkan ada juga yang melabelkan bahasa inggeris sebagai satu tahap mutu seseorang. jadi, saya lihat program ini amat sesuai dilaksanakan kerana antara langkah yang digunakan di peringkat awalnya ialah secara berperingkat-peringkat supaya ia tidak menjadi sesuatu yang drastik bagi masyarakat luar bandar dan sebagainya.


Bagi menjamin PPSMI ini mencapai objektifnya, pelbagai langkah telah dijalankan sebagai panduan program ini seperti program pemantauan, bimbingan dan kajian iaitu :

1.Pemantauan kolaboratif oleh JNS
2.Kajian Tahap Kefahaman Tahun 3 dan Tingkatan 3 oleh PPK
3.Kajian penggunaan teaching Courseware oleh PPK
4.Kajian Pelaksanaan PPSMI di sekolah oleh EPRD

selain itu bagi langkah untuk meningkatkan prestasi PPSMI juga turut dipandang serius dengan :


1.Memberi ownership dan tanggungjawab sepenuh kepada sekolah dalam meningkatkan pencapaian sekolah
2.Melaksanakan porogram intervensi PPSMI
3.Membaiki kelemahan dalam aspek persediaan seperti latihan dan pembekalan bahan
Dan...turut diambil langkah diagnostik( pengujian program PPSMI) :

1. Ujian Diagnostik bagi pelajar Tingkatan 1 – hingga 4 dan Tahun 4
2. Buku Glosari Sains dan Matematik
3. Pemantauan kolaboratif PPSMI
4. Program Orientasi BI untuk Pembelajaran Sains dan Matematik
5. Pelaksanaan Separa PPSMI di tahap dua Sekolah Kebangsaan
6. Seminar pengajaran dan pembelajaran peringkat Negeri
7. Program Bahasa Inggeris selepas UPSR
8. Pakej Pembelajaran Kendiri Bahasa Inggeris untuk guru
9. Penyebaran maklumat kepada pengetua

sambil mendengar penerangan dan membuat perbincangan, seperti biasa antara kami ada yang menimbulkan persoalan-persoalan mengenai PPSMI contohnya:

PERSOALAN2 selain istilah2 tertentu seperti JNS, PPK & EPRD....:


Mengapa kerajaan melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?

Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris kerana:
-Sains dan matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dan penyumbang kepada pembangunan negara.
-Sebahagian besar maklumat terkini mengenai bidang ini terdapat dalam bahasa Inggeris.
-Pendedahan awal kepada bahasa Inggeris memberi peluang mengakses maklumat.

Mungkinkah kedudukan Bahasa Melayu berubah?
-Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa penghantar utama dalam sistem persekolahan seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan Kebangsaan (1996).

Apakah tanggungjawab komuniti dalam hal ini?
-Komuniti perlu memberi kerjasama dan penglibatan sepenuhnya kepada pihak sekolah.
-Ibu bapa juga perlu memberi galakan dan keyakinan kepada anak-anak mereka.

Apakah yang diharapkan dengan pelaksanaan dasar ini?
Melahirkan golongan teknokrat yang boleh :
-menyumbang kepada pembangunan negara.
-berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Apakah maksud pengajaran secara separa?
Guru memilih tajuk-tajuk tertentu untuk diajar dalam bahasa Inggeris bergantung kepada kemampuan guru dan murid.


Apakah bahan yang akan disediakan untuk guru dan murid?
Untuk guru :
-Sukatan Pelajaran (SP) yang telah diubahsuai.
-Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang memperincikan kurikulum.
Untuk murid :
-Buku teks
-Bahan-bahan multimedia
-Lembaran aktiviti murid

Sebagai pengakhiran, usaha ini juga diharap akan meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang internet dan ICT selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) yang sentiasa memberi tumpuan dalam aspek pendidikan ini. Kewujudan program baru ini juga adalah sebagai menyahut seruan kerajaan dalam memodenisasi pentadbiran dan peningkatan teknologi selaras dengan matlamat KPM untuk lebih maju. semoga kita mampu bersama-sama berdamping dalam arus teknologi maklumat untuk memberi ruang dan peluang interaksi dikalangan masyarakat pelajar dan guru khususnya dan orang awam amnya.







Hampir Ke Situ


Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki



Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba


Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ


Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu


Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…TUHANKU!