
Assalamualaikum...alhamdulillah bertemu lg. firstly thanks a lot cik Umi Kalsum krn dtg ajar kami..bestla kelas hari ini.
minggu ini, macam2 lagi yang kami terokai dlm bidang pendidikan. "konsep pembestarian sekolah" itulah antara topik perbincangan. selaras dengan pembangunan negara yang semakin canggih dan pesat, arus globalisasi pendidikan juga semakin terkesan dengan kemudahan ICT. demi mencapai taraf kemajuan yang sama dengan negara-negara maju dalam wawasan 2020, kerajaan dan pelbagai pihak menyambut teknologi sebagai satu metod terbaik dalam mengangkasakan matlamat tersebut.
memetik ucapan Menteri Pendidikan Malaysia sebagai fakta, pengwujudan sekolah bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. program pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan teknologi ini dijadikan sebagai alat penghubung utama walaupun secara maya. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari."
- Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
- Sistem Penilaian
- Sistem Pengerusan Sekolah
- Infrastruktur Teknologi
- Integrasi Sistem
antara petikan pendapat mereka yang memandang positif dan berusaha untuk merialisasikan matlamat ini tentang konsep pembestarian sekolah ialah :

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004
The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.
Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources.Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives
Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996
… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005
melihat kepada perkembangan serta kepentingan ilmu ICT, kami dapat menyimpulkan penglibatan serta sokongan ibu bapa dan komuniti adalah sangat penting dalam memberi kerjasama sama ada berbentuk moral atau kewangan atau sebagainya.
bertujuan memudahkan urusan pelbagai pihak dan membantu meningkatkan taraf pendidikan sejajar dengan kehendak realiti, konsep sekolah bestari yang bertunjangkan penggunaan alam maya sebagai penghubung rasmi pendidikan, ia juga penting untuk memupuk semangat cintakan ilmu dengan kaedah mendemokrasikan pendidikan.
dalam perbincangan kami, ada juga antara kawan-kawan yang memberi respon dengan bertanyakan soalan, memberi komen dan berkongsi idea.antara persoalan dan ideanya ialah:
PERSOALAN
- sejauhmana pendedahan dan perlaksanaan ICT di sekolah bestari telah membantu pendidikan??
- adakah keberkesanan dan kualitinya mampu memberi kualiti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik atau sama berbanding metod yang dulu??
IDEA/KOMEN
- tujuan untuk menjadikan sekolah sebagai sekolah bestari adalah baik dan patut, namun setakat ini hanya segelintir sahaja yang mencapai tujuan asal. sebaliknya masih banyak lagi kawasan luar bandar dan sekolah-sekolah yang terpinggir dengan ICT atau kemudahan pengkomputeran.
- bentuk2 ICT yang meliputi bahan sekolah bestari seperti perisian multimedia interaktif, wetware, smartschool dan link-link seperti schoolnet.
jesteru, bagi pendapat saya dalam membuat perancangan yang baik ini, seharusnya ia dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci agar semua masyarakat walaupun tidak terus mahir, sekurang-kurangnya tahu dan mampu menaplikasikan kemudahan dan kemajuan ini bersama dalam bidang pendidikan masing-masing.
semoga aspirasi wawasan 2020 akan tercapai dalam memartabatkan bidang pendidikan agar istilah sekolah bestari bukanlah menjadi sesuatu yang asing lagi. bagi kawan-kawan yang ingin memahami konsep sekolah bestari dengan lebih terperinci, boleh juga merujuk kepada antara web-web berikut :
sekian, salam bestari...
KAU TERDENGAR KICAUAN BEBURUNG
YANG MENYANYI DI DADA PELANGI
KAU MENGGAPAI AWAN DILANGIT MEMUTIH
DIRIMU LEBUR DIMAMAH MENTARI
KAU IMPIKAN HARAPAN MENGGUNUNG
DI LORONG HANYIR KEHIDUPANMU
KAU HIRUP SARI MADU BUNGA BERACUN
MEWARNAI DUNIA MISTERI MIMPIMU
KAU CALARI SETANGKAI HATI IBUNDA
YANG MENITI DI BILAHAN HARI-HARI
KAU HITAMKAN WAJAH AYAHANDA
YANG MENGHARAPKAN SINAR KEHIDUPAN
APALAH YANG HENDAK DIHARAPKAN LAGI
SEMUA SUDAH JADI TAKPASTI
BANGKITLAH SEGERA DARI MIMPI NGERI
PULIHKAN KEMBALI SEBUAH HARGA DIRI
SINAR HIDUPMU TIADA NYALAAN API
BERLABUHLAH DI MUARA INI
PASRAHKANLAH HIDUPMU KE LORONG ILAHI
DI SANA MENANTI SYURGA YANG ABADI
DI SANA MENANTI SYURGA YANG HAKIKI

No comments:
Post a Comment