Selamat pagi...salam ceria dan keikhlasan penuh senyuman.. :)
Dunia...semakin hari semakin canggih..semakin hari semakin maju...
"interesting"kan life kita sekarang? itulah yang berlaku dalam dunia siber atau dengan arus teknologi kita. melihat kepada realiti kehidupan hari ini, semua orang inginkan sesuatu kerja, tugasan dan tanggungjawab dilakukan dengan cepat dan senang. semua kita mengejar masa dan amat mementingkan kerja dan tugasan kerana itulah lumrahnya dunia sekarang. sesiapa yang lambat akan ketinggalan dan semakin gagal.
jadi, untuk seiring dengan kehendak arus pemodenan zaman, antara kita saling berlumba menimba ilmu dan melaksanakan tugasan masing-masing. sehinggakan hari yang 24 jam itu bagaikan tidak terasa terlalu panjang. sungguhpun begitu, kita harus juga menjenguk ke belakang sekali-sekala sebagai panduan dan pedoman. hal ini kerana dilihat sejak akhir-akhir ini, impak leka dengan kemodenan dan kecanggihan kini, kita seolah-olah semakin sombong dengan tradisi turun-temurun..semua memilih untuk mudah dan cepat. tetapi, langsung tidak dinafikan ada baiknya juga kita mengikuti realiti yang nyata seiring seperti sekarang, sesuai dengan arus zaman.
begitu juga jika dibincangkan dari sudut pendidikan. jika dulu kita hanya berdepan dengan buku tulis, buku teks, kapur dan papan tulis, kini pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah ditingkatkan tarafnya menggunakan pelbagai bentuk bahan bantu mengajar dan kaedah yang terkini. sesuai juga dengan falsafah pendidikan kebangsaan untuk meningkatkan JERI iaitu pemantapan jasmani, emosi, rohani dan intelektual, teknologi amat penting bagi menjamin proses pendidikan dilaksanakan dengan berkesan.
melihat kepada status dan taraf pendidikan di negara kita sejak kebelakangan ini, pihak kerajaan telah memainkan peranan penting merangka dan melaksanakan banyak perubahan serta pembangunan dalam pendidikan. antaranya, dengan cara peningkatan taraf penggunaan bahan -bahan teknologi seperti komputer dan sebagainya di sekolah-sekolah. dengan kemudahan komputer yang disediakan di setiap sekolah, banyak membantu gerak kerja bidang pendidikan terutamanya pihak sekolah dan guru. misalnya, dapat mempercepatkan urusan dan menarik minat pelajar untuk lebih bersemangat dalam pelajaran.
pelbagai program telah dirancang untuk meningkatkan taraf pendidikan negara bagi menjamin modal insan yang berkualiti di masa hadapan. antaranya, program PPSMI atau eTeMS, sekolah bestari dan sebagainya. melalui kaedah ini, pendemokrasian dalam bidang pendidikan dapat berlaku dengan baik dan berkesan. antara contoh pendemokrasian ilmu dalam bidang ini ialah dengan wujudnya bahan-bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran seperti jaringan-jaringan web dan sebagainya.
salah satunya ialah, SchoolNet. iaitu ialah antara program yang telah dibuat dengan tajaan Telekom Malaysia Berhad sebagai salah satu projek antarabangsa dengan gabungan antara Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dengan Kementerian Pendidikan. pelaksaannya ialah berbentuk penggunaan teknologi berkomputer untuk mengakses segala maklumat dari segi pendidikan dengan tanpa batasan secara mudah, tepat dan cepat. berobjektifkan peningkatan keberkesanan dalam sistem pendidikan tempatan, program SchoolNet ini telah meluas kemudahan dan teknologi kepada 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
ini termasuklah bagi pembangunan pendidikan di kawasan pedalaman dan sebagainya bagi melahirkan generasi yang bijak dan pintar selari dengan penbangunan negara. melalui program SchoolNet, pengguna iaitu guru dan pelajar mampu mendapatkan maklumat dari pelbagai sudut dan topik yang diingini. ini termasuklah melatih untuk menjamin generasi yang pantas mendapatkan ilmu pengetahuan dengan melayari pelbagai laman web di internet bagi mempelajari ilmu-ilmu tertentu dengan lebih menarik dan menyeronokkan.
berbalik kepada kaedah yang dulu, kita dapat mencari perbezaan corak pendidikan dulu yang secara manual yang hanya melalui buku semata-mata berbanding dengan menggunakan kemudahan SchoolNet yang banyak membantu mendapatkan bahan pendidikan . jadi, benarlah bahawa setiap pembangunan itu ada hikmahnya. tinggal hanya kita yang menggunakannya ke arah yang baik atau sebaliknya. kalau kita bijak menggunakan kemudahan ini dengan betul, kita akan semakin terkedepan. jadi, bagi menyokong arus pembagunan dalam pendidikan, wajar ke atas kita untuk melihat dengan positif perubahan ini.
sepintas lalu.....pengurusan makmal komputer
dalam menggunakan bahan teknologi seperti komputer, aspek keselamatan diri (pengguna) dan bahan elektrik amat perlu dititikberatkan. ini kerana, kemalangan dan kecederaan boleh berlaku di mana- mana pun termasuklah semasa proses menggunakan komputer dan mengendalikan komputer. selain itu, langkah berjaga-jaga ini penting bagi menjamin kualiti bahan untuk lebih tahan lama, serta membantu mendidik kita menjadi pengguna yang bijak, cermat dan teliti dalam menggunakan barangan.
antara kaedah yang dipelajari dan dibincangkan dalam aspek keselamatan komputer ialah :
Pastikan komputer tidak berada di bilik suhu yang terlalu panas
Guna ‘stabilizer’ supaya voltan elektrik terkawal
Elakkan terhantuk, tergegar dengan kuat, terjatuh
Jangan letak di dalam boot kereta
Tutup komputer dan peranti unit dengan lapis plastik
Elakkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing
Tanggalkan plug daripada soket elektrik
Elakkan sambung kabel peranti (mouse/keyboard) ke sistem unit tanpa sistem unit di
shutdown
Jangan menanggal/memasang RAM/kad lain ke dalam storan tanpa memutuskan sumber
elektrik
Biarkan sistem unit ‘cool down’ sebelum membaik pulih komputer
Pastikan kabel monitor, kabel kuasa dan kabel peranti-peranti terurus dan tidak terlipat di belakang sistem unit
Apabila menyambung kabel-kabel ke sistem unit, lakukan dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terbengkon/patah
manakala bagi pengendalian keselamatan dan keselesaan pengguna, ialah :
1.Pastikan meja komputer terurus, sistem unit terletak di tempat sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
2. Guna penapis cahaya monitor
3. Laraskan kedudukan monitor dengan mata harus 18-24 inci jauh dari mata
4. Sekiranya membuka casing sistem unit, pastikan sistem unit di shutdown, putuskan bekalan kuasa elektrik dan tanggalkan plug
5. Semasa penyelenggaraan elak memakai tali leher, barang kemas dan berambut panjang
6. Pastikan wayar kuasa dalam keadaan baik
7. Jangan tanggalkan penyambung wayar kuasa pada komputer dalam sistem unit tanpa sebab
O.K...best of luck..!
No comments:
Post a Comment